Saya kembali teringat kepada bekas Pengetua Sekolah Menengah Maxwell (kini Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell) Jalan Tun Ismail di Kuala Lumpur yang bernama En. Ismail Sajad. Semasa saya kembali ke sekolah tersebut pada tahun 1993 untuk memasuki tingkatan 4 Sains Merah (Sains Tulen) di sekolah tersebut (saya sebelum itu bersekolah di sekolah ini pada tahun 1989 sehingga 1991 sebelum berpindah sementara ke Kuala Terengganu pada tahun 1991 sehingga 1993), En. Ismail Sajad menjadi pengetua sekolah tersebut. Saya tidak pasti pada tahun bila En. Ismail Sajad memulakan tugas beliau sebagai Pengetua Sekolah Menengah Maxwell, tetapi semasa saya bersekolah sekali lagi di sekolah tersebut pada tahun 1993 sehingga akhir tingkatan enam atas pada tahun 1996, beliau adalah pengetuanya.
Beliau memang terkenal dengan ketegasan dalam menangani permasalahan sosial pelajar di sekolah tersebut. Biasalah, bersekolah di mana-mana pun pasti ada cabaran getir menangani kelompok pelajar yang bermasalah, namum, En. Ismail Sajad berjaya menanganinya dengan ketegasan sehingga ramai pelajar yang menghormati beliau (walaupun ramai yang takut dengan beliau). Pada dasarnya, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk mendisiplinkan pelajar supaya mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang dan mengharumkan nama sekolah. Realitinya, pelajar sekolah tingkatan 6 Sekolah Menengah Maxwell saban tahun mencatatkan prestasi cemerlang di atas 95% kelulusan untuk peperiksaan STPM.
Kenangan di sekolah menengah adalah kenangan yang terindah bagi setiap orang. Walaupun ada juga pelajar yang sudah tiada minat atau enggan menghadiri kelas, bagi saya, sekolah menengah adalah tempat yang indah dalam perjalanan hidup seseorang. Amatlah rugi bagi mana-mana pelajar yang tidak mahu mengambil kesempatan bersekolah kerana dengan ilmu dan kelulusanlah, kita akan dapat mencapai kecemerlangan di dalam hidup kita. Berbalik kepada topik pengetua sekolah saya dulu ini, saya amat menghormati beliau kerana ketegasan beliau ada tempatnya. Sekiranya seseorang pelajar itu berdisiplin dan menuruti peraturan sekolah, tidak ada sebab untuk beliau menghukum, bahkan beliau suka memuji kecemerlangan pelajar.
Saya masih teringat lagi bahawa beliau banyak melakukan perubahan positif terhadap Sekolah Menengah Maxwell. Dengan usaha jitu beliau, Sekolah Menengah Maxwell telah mempunyai astaka di depan tempat perhimpunan, dewan kuliah di blok perpustakaan, sudut bahasa di sebelah bilik guru, sudut bacaan, dan pelbagai lagi pembangunan yang beliau usahakan bersama-sama dengan guru-guru yang lain. Bahkan, setiap kali melalui jalanraya di hadapan sekolah itu pada masa ini, saya pasti akan menoleh ke arah sekolah itu. Benarlah kata slogan sekolah itu, "Once a Maxwellian, Forever a Maxwellian!. Usaha gigih En. Ismail Sajad untuk pembangunan Sekolah Menengah Maxwell akan saya kenang untuk selamanya, insya Allah.

4 comments
salam sejahtera Maxwellian,
ReplyDeleteSaya nie Edwardian Taiping (www.smkevii.edu.my)
dan ingin kongsi sikit bahwa, Ismail Sajad bin Sajad pernah menjadi pengetua King Edward VII School, Taiping dari tahun 1982 - 1986, kalau tak silap saya la, sebab saya Form 1 tahu 1990 dan masa tu pengetua dia nama Abdul Moein Skymmar.
Thank you for the kind words towards my father. Just letting you know that he is happily retiring in Taiping. He lives in a kampung, a simple man. If ever you are going upnorth, his kampung is quite near to Bukit Merah Toll Plaza.
ReplyDeleteSaya Zulkifle Malek bekas pljr SM Cliffford,Kuala Lipis dimana Ismail Sajad pernah mnjadi pengetua smsa saya d tktn 6 (1987/88)...beliau sngt tegas & perihatin kpd pljrnya.sgt baik orgnya.dh hampir 20 tahun tk berjumpa dgnnya.nk sangat2 berjumpa dgn nya.boleh tk bagi alamatnya @ no tel dia.ni no tel saya 0129080394
Deleteoo i still remember your father. dia sangat garang. budak2 maxwell mmg banyak kaki ponteng sekolah. dulu seblum sajad, budak2 maxwell lagi hebat, diorang pernah mogok tak datang satu sekolah masa zaman mokhtar dahari.
ReplyDeletesejak sajd jadi pengetua, beliau mmg sgt tegas dan garang, budak2 kaki poenteng ni kena rotan depan perhimpunan. ada jugak pagi2 atau petang , Sajad akan buat spot check kat kedai2 game sekitar sentul tu nak tengok entah2 ada budak ponteng.
kirim salam kat ayah. Dia mungkin kenal lagi saya, Harris Nasril, Qari sekolah. Sekarang saya bekerja sbg 3d manager di architect firm di KL.