Kata orang, kalau nak cepat naik pangkat, atau nak confirm, atau nak naik bersama company tempat keje kita, kenalah baik dengan bos. Kalau tak ngam dengan bos, maka senang lah ditendangnya kita ke department lain atau keluar dari syarikat. Kalau tak rapat dengan bos, apa-apa function, atau meeting, atau apa saja yang memerlukan kehadiran bos kita tu, dah tentu kita tak diajaknya. Pendek kata, kalau nak dapat semua keistimewaan, rapat-rapatlah dengan bos kita. Berlawanan dengan perangai saya ni, saya boleh katakana bahawa saya memang tak pandai nak mengampu bos saya. Saya berkomunikasi dengan bos-bos saya sebelum ini atas urusan kerja saja. Saya pernah diajar oleh salah seorang bos saya untuk proaktif dan hanya berjumpa dengan bos kalau betul-betul dah tak fahamlah dengan sesuatu kerja, kalau tak, buat lah sendiri ikut suka. Saya mengamalkan cara itu kerana ianya bersesuaian dengan sifat saya. Saya adalah seorang yang bercakap apabila perlu sahaja. Memang agak reserved, kerana bagi saya, seseorang itu diselidiki dengan berapa banyaknya dia bercakap. Lagi banyak dia bercakap, lagi besar kebarangkalian untuk dia bercakap merapu, dan lagi senang lah orang nak kondem dia! Bercakap perkara yang perlu sebenarnya dapat menjimatkan masa, menjimatkan tenaga dan menjimatkan macam-macam lagi yang boleh dijimatkan.
Saya pernah bertemu dengan pelbagai jenis orang. Pengalaman kerja saya selama berbelas tahun sejak zaman remaja, bekerja di restoran makanan segera, bekerja sebagai kerani sekejap dulu selepas peperiksaan STPM, bekerja di butik fashion designer, bekerja sebagai Eksekutif Latihan dan memberi motivasi kepada pekerja perkeranian, bekerja sebagai Penolong Pustakawan sehinggalah menjadi Ketua Pustakawan di beberapa organisasi, telah banyak mendewasakan saya. Saya telah berada di bawah lebih daripada 10 orang bos sejak saya mula bekerja di restoran makanan segera 16 tahun lalu pada tahun 1993 sehinggalah sekarang. Ada bos yang boleh memotivasikan saya, ada juga bos yang tak berapa boleh pakai dan hanya pandai bercakap sahaja, tidak kurang juga ada bos yang saya jumpa beberapa kali sahaja seminggu kerana asyik busy dengan meeting, kerja luar dan sebagainya. Ada juga staf bawahan bos saya yang pandai mengampu dan ada yang tidak pandai mengampu macam saya. Terus terang saya ni memang tak pandai mengampu bos walaupun ramai yang terpaksa melakukan sedemikian untuk mendapat tempat kalau-kalau bos tersebut mendapat pangkat yang lebih tinggi. Kadangkala, kebodohan seseorang staf terserlah apabila untuk mengampu bos, seseorang staf itu sanggup hari-hari berjumpa bos untuk menunjukkan kerjanya, bertanya soalan untuk dijawab oleh bosnya sehinggakan ramai rakan-rakan sekerja yang menganggap staf tersebut tidak pandai buat kerja, soalan yang senang pun nak tanya bos, semata-mata untuk menunjukkan yang dia tu proaktif. Saya hanya tersenyum sahaja melihat telatah staf itu. Saya tak mau lah sebut siapa, tapi memang benar-benar terjadi.
Telatah staf-staf sebegini sebenarnya, kalau ditujukan kepada bos yang tak pandai kerja dan suka diampu, tak mengapalah. Tapi kalau bertemu ruas dengan bos yang garang dan sedar dirinya diampu oleh staf bawahan, bagaimana? Bakal kena sound lah jawabnya. “Pegi keje, jangan nak menempel kat saya je!!” masa tu baru tau langit ni tinggi atau rendah. Kalau boleh, limitkan perjumpaan dengan bos. Bos kita tu bukanlah ada masa yang banyak untuk memanjakan kita, mendengar cerita kita, mendengar luahan hati kita, mendengar cerita di rumah kita, tak ada masa punya. Dan kalau bos kita tu ada masa pun, kerja dia ke untuk mendengar semua cerita kita? Dia Cuma mahukan result sahaja. By hook or by crook, kita mesti menghantar result sahaja. Tak kisahlah bagaimana kita mahu menyelesaikan kerja kita. Inikan pula kita nak cerita selain daripada kerja kita, memang dia tak mau dengar punya. Namun begitu, tak dapat dinafikan yang ada juga bos yang suka membelai, suka mendengar, yang suka memotivasikan pekerja. Kalau dapat bos begitu, puasa 3 hari kot kita tanda bernazar. Memang susah nak jumpa bos yang begitu. Tapi ingat, kalau jumpa atau dapat bos yang begitu baik, janganlah ambil kesempatan. Bos yang baik untuk kita memanfaatkan kerja kita, bukannya untuk kita gunakan dia, atau mengampu dia. Jadi, pandai-pandaikanlah nak hidup ya.
Sebagai kesimpulannya, sebagai pekerja, kita mestilah taat kepada bos kita. Kalau agak-agak bos kita dah macam jauh dari kita, kitalah yang kena dekatkan diri kita, barangkali dia busy dan tak sempat nak ambil tahu mengenai kerja kita, diulangi, kerja kita, bukan masalah kita dan sebagai staf, tunjukkanlah result yang baik kepada bos kita. Tapi kalau bos kita tu garang tahap singa dan selalu memanipulasi kita, selalu tai-chi kita, elok sahajalah cabut cepat-cepat dan cari kerja tempat lain. Hidup kita ni setakat 70-80 tahun sahaja, buat apa bersedih dengan bos yang semacam itu, cari kerja lain atau cipta kerja untuk diri kita sendiri, hidup mesti rasa bahagia, usah berduka dengan perangai bos yang macam-macam. Renung-renungkan, dan selamat beramal, bak kata Prof Izzi Haji Ali..

1 comments
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
ReplyDeletePagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.