Apabila kita marah, ia sebenarnya adalah disebabkan oleh pelbagai stimulus yang membuatkan kita marah, seperti kita tidak berpuas hati oleh sesuatu hal, provokasi dari pihak lain, atau memang kita sengaja mahu melepaskan kemarahan yang sudah lama terpendam. Banyak lagi sebab-sebab lain yang membuatkan kita marah, tetapi yang paling utama adalah yang disebutkan di atas. Tetapi, apabila kita marah, kita sudah lupa banyak perkara, termasuklah pertimbangan yang positif. Lebih teruk lagi, kita akan menggunakan apa sahaja barangan yang berdekatan dengan kita untuk mencederakan diri, mencederakan orang lain, atau 'mencederakan' barang-barang perabot atau telefon bimbit atau sebagainya demi untuk marah. Itulah penangan marah!
Tetapi, adakah kita sedar bahawa sekiranya kita melihat orang lain marah, amat buruk sekali rupa paras dan perilakunya. Jika ia adalah refleksi ketika kita sendiri semasa marah, bayangkan betapa buruknya wajah dan perilaku kita pula! Kita tidak sedar perkara ini. Yang penting ialah kita dapat melampiaskan kemarahan kita. Masakan tidak, dengan mata yang terjegil, mulut yang luar biasa, gigi yang nampak (atas dan bawah sambil mengetap), urat-urat di leher yang jelas kelihatan, bagaimana persepsi orang lain terhadap kita. Barangkali sekiranya pasangan kita yang berhadapan dengan situasi dan senario marah kita, mereka mungkin boleh menanganinya. Bagaimana pula dengan persepsi orang lain? Pastinya pelbagai persepsi yang datang, dan kebanyakannya pasti negatif.
Orang akan berkata di belakang kita. Kita tidak dapat mengawal kemarahan lah. Kita tidak mampu bersabar lah. Kita itu, kita ini, bermacam-macam persepsi orang lain yang hadir terhadap kita, semuanya pasti negatif. Jarang kita berjumpa dengan orang yang mengatakan betul untuk kemarahan kita. Orang lain memotong barisan di jalan raya secara berbahaya yang pastinya membuatkan pemandu kereta yang kita naiki berasa marah, jarang untuk kita berkata pemandu yang memotong barisan itulah yang salah, dan kemarahan akibat daripada perbuatan itu adalah betul. Yang akan kita nyatakan ialah, pemandu kereta itu sedang marah, tetapi kita tidak mahu mengetahui mengapa dia marah!
Marah boleh jadi boleh dan boleh jadi perlu dielakkan. Pada perkara yang betul, marah itu dibenarkan. Dan salah jika kita marah kerana kita akan dianggap sebagai dayus pula. Fikirkanlah contoh-contohnya seperti seorang bapa yang tidak memarahi anaknya yang keluar malam tanpa sebab. Marah tidak boleh berlebihan kerana sekiranya keadaan melarat, elok sahaja hentikan rasa marah itu. Kerana seperti yang kita bincangkan di atas, persepsi orang lain biasanya negatif. KITA AKAN NAMPAK SEPERTI ORANG BODOH JIKA KITA TIDAK MAMPU MENAHAN MARAH. Wajah kita yang merah menyala akan diingati oleh orang lain yang berhadapan dengan kita.
Fikirkan desired result daripada rasa marah kita itu. Kalau ia berbaloi, bolehlah diteruskan, tetapi jika ia mendatangkan kemudaratan, berpalinglah daripada subjek yang membuatkan kita marah. Marah itu tidak salah, kerana ia adalah sifat semulajadi manusia, tetapi yang menjadi kesalahan ialah sekiranya kita tidak mahu menanganinya dan terus sahaja menurut nafsu amarah yang tidak betul hasilnya. Mungkin di peringkat awal, cuba untuk kawal kemarahan tersebut sebelum ianya melarat.
Fikirkanlah apa yang terbaik untuk kita, semoga kita dirahmati kerana perjuangan kita untuk menghalang rasa marah menguasai diri. Mengambil wuduk adalah salah satu kaedah hebat untuk meredakan kemarahan. Jangan harapkan tangan orang lain memegang bahu kita untuk meredakan kemarahan kita, tetapi tangan kita sendiri yang menarik tangan kita untuk memalingkan muka supaya rasa marah kita reda dan kemudiannya hilang. Dan janganlah tinggi ego kerana ego adalah salah satu penyebab kepada rasa marah..

0 comments:
Post a Comment