Visualkan Matlamat Anda Sekarang!

Bak kata seorang Motivator Hebat yang saya pernah bertemu dengan beliau dulu, kalau kita hendakkan sesuatu, kita kena visualizekannya, insya Allah dengan usaha dan doa, kita mampu mendapatkannya. Beliau mengkuotasi kata-kata seorang lagi Motivator terkenal tanahair yang berbuat demikian untuk cuba mendapatkan Audi TT dan bangunan beliau sendiri di Ipoh. Kuasa visualize ini amat besar sekali nampaknya!

Dalam pada itu, janganlah kita bermatlamat dengan matlamat yang besar sehingga tidak mampu dicapai oleh kita. Ia mestilah spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan mempunyai masa yang spesifik untuk dicapai. Dan sememangnya tidak cukup untuk sekadar visualize keinginan kita itu, ia mesti dituruti dengan pelan dan tindakan. Tanpa kedua-duanya, maka ada kemungkinan besar matlamat kita itu susah untuk dicapai.

Untuk visualize matlamat kita itu, kita mesti sentiasa memandang ayat atau visual matlamat yang kita ingin capai itu. Sebagai contoh, kita boleh mencetaknya dan diletakkan di tempat yang kita mudah lihat, supaya dengan melihatnya setiap hari, kita akan sentiasa mengikuti jalan yang lurus untuk sampai ke matlamat kita itu. Dan seperti yang kita bincangkan di atas, ianya tidak cukup dengan hanya memandang, tetapi mestilah disulami dengan pelan dan tindakan. Kita juga boleh meletakkan ayat atau visual matlamat kita itu di kertas dinding skrin komputer atau komputer bimbit kita. Bukannya susah, cari sahaja di world wide web, kita pasti akan menjumpainya..Cubalah..

0 comments:

Post a Comment

My Instagram