Mendengar Radio Ketika Bekerja dan Memandu Kenderaan

Saya telah mencuba untuk mendengar radio sambil melakukan tugasan seharian di pejabat tetapi sayangnya, saya tidak mampu untuk menumpukan perhatian saya kepada tugasan kerana siaran radio di telefon bimbit saya itu menuntut saya untuk mendengar sepenuhnya celoteh penyampai mereka, sedangkan pemikiran saya telah dicuba untuk ditumpukan kepada tugasan, namun saya tidak dapat membahagikan penumpuan saya kepada kedua-duanya. Panjangnya ayat ni! Sebebarnya, ayat pendeknya ialah, saya tidak boleh mendengar radio sambil melakukan tugasan. Ha! Kan mudah untuk difahami tu..

Barangkali, orang lain boleh melakukan sedemikian, iaitu mendengar lagu sambil membuat kerja, sebilangannya lagi tidak mampu untuk berbuat demikian. Pada pendapat saya, kemungkinan besar saya tidak dapat sangat nak mendengar radio sambil membuat kerja ialah kerana saya ini mementingkan keunggulan dalam setiap sesuatu yang saya lakukan. Bunyi-bunyian yang tiada kaitan dengan kerja saya akan saya anggap sebagai mengganggu kerja saya itu. Bahkan, sekiranya penolong pengurus jabatan tempat saya bekerja ini bercakap dengan nada yang tinggi di telefon (telefon kawanlah tu), saya akan memberhentikan kerja saya sebentar sehingga beliau menamatkan perbualalan telefon itu.

Ini bukanlah satu penyakit, atau 'pe-el' yang dibuat-buat, tetapi ini adalah satu kaedah yang boleh diterima akal oleh ramai orang. Kerana jika kita ingin menumpukan perhatian kepada kerja, atau pemanduan di jalanraya sekalipun, kita sewajarnya tidak terlalu mendengar radio dan menumpukan perhatian kepada kerja dan pemanduan. Apabila kita menumpukan perhatian kepada radio, maka kita akan lebih mendengar celoteh demi celoteh, lagu demi lagu, dan tidak terlalu sangat menumpukan perhatian kepada kerja dan pemanduan. Kesannya daripada penumpuan terhadap radio tetap ada, barangkali kerja kita banyak kali terhenti, atau kita akan tersilap jalan ketika memandu, mungkin akan masuk ke jalan yang tidak kita mahu ikut.

Jadi, adalah menjadi keutamaan kepada kita untuk 'mendahulukan yang dahulu' apabila berhadapan dengan situasi ini. Kenalpasti apakah prioriti kita, samada kita ingin mendengar radio atau menyiapkan kerja yang perlu kita siapkan. Jika prioriti kita adalah kerja kita, maka siapkan lah dahulu kerja kita itu dan dengarlah radio selepas itu. Jika kita ingin mendengar radio, pastikan ia ditetapkan dengan nada yang perlahan, supaya ianya tidak mengganggu kerja dan pemanduan kenderaan kita. Siapa yang lebih selamat sekiranya kita berbuat demikian? Kitalah yang selamat!

0 comments:

Post a Comment

My Instagram