Maruah Diri Umpama Jenama


Tahukah anda bahawa anda perlu menjaga setiap inci maruah anda sepanjang masa berada di depan orang lain? Setiap inci itu bermaksud setiap pergerakan, perlakuan, penampilan dan persembahan kita yang melihatkan maruah dan boleh diperhati serta dinilai oleh orang lain perlu dijagai dengan sebaiknya. Perkara ini menjadi penting kerana semua yang melibatkan diri kita dan ditampilkan pula kepada orang lain adalah umpama pembawaan jenama diri yang tidak boleh dirosakkan.

Apa yang ditonjolkan oleh diri kita seperti penampilan dan gaya kominikasi perlu diberikan perhatian khusus agar ia boleh menaikkan jenama diri kita. Jika kita tersedar bahawa ketrampilan atau gaya komunikasi kita tidak berada di par yang diharapkan oleh kita sendiri, maka sebolehnya kita memperbaikinya dengan mendapatkan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih arif mengenai perkara itu. Berlatih dalam menampilkan ketrampilan yang menarik dari aspek komunikasi dua hala juga penting untuk memastikan kita terbiasa dalam menghadapi senario-senario tertentu yang memerlukan kita untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Apabila kita enggan mengambilkira hal-hal penting yang boleh menaikkan jenama diri kita sendiri, maka orang lain akan secara bebas membuat tanggapan terhadap kita. Malahan, orang lain juga akan lebih berani untuk membuat pelbagai spekulasi termasuk fitnah terhadap diri kita. Kadang-kadang, tanggapan orang lain boleh meliar kepada penampilan dan komunikasi kita di dalam laman-laman sosial sehinggakan orang lain boleh membuat andaian sesuka hati terhadap diri kita. Justeru, kita mestilah sentiasa berhati-hati bukan sahaja di depan orang lain secara berdepan di khalayak umum tetapi juga di khalayak laman sosial.

Ingatlah kata-kata bijak pandai yang berbunyi "kita adalah apa yang kita fikirkan.." Maka mulai sekarang, berfikirlah cara-cara terbaik untuk mengekalkan jenama diri kita dan meningkatkan lagi maruah kita sendiri.

1 comments

  1. Salam,
    Takziah atas pemergian arwah..
    mohon share yek untuk panduan saya & adik beradik..
    menitik air mata saya membacanya kerana ayah saya pun sedang bertarung dengan penyakitnya..
    Saya sedekahkan al-fatihah kepada arwah,
    semoga roh nya aman di sana...

    ReplyDelete

My Instagram