Semasa saya di CyberSecurity dulu, saya pernah merasai training berimpak tinggi dari jurulatih yang bernaung di bawah jenama Ken Blanchard. Salah satu ajaran yang saya pelajari berkenaan komunikasi di pejabat ialah 'kita boleh bertanya kepada staf kita sendiri berkenaan satu-satu tugasan yang kita tidak biasa..' WoW! Kita boleh bertanya staf bawahan kita?
Kerana apa? Kerana staf bawahan kita dibayar gaji untuk memberitahu atau menunjuk ajar apa yang kita kurang fahami lebih-lebih lagi jika kita baru menyertai syarikat lain. Kita pastinya lebih pakar daripada staf baru kita itu di dalam bidang kita, tetapi sebaliknya, staf kita itulah yang lebih tahu selok-belok kerja yang kita sendiri tidak biasa kerana suasana yang baru di syarikat baru..
Namun, apabila saya hendak mencuba teori itu di tempat baru (HDC)(semasa mula-mula menyertai syarikat ini), saya sebaliknya dirunguti oleh staf saya kerana beliau berpendapat, sayalah yang sepatutnya lebih tahu mengenai kepustakawanan! Wah, saya mungkin boleh mengajar beliau selok belok kepustakawanan, tetapi untuk mengetahui selok belok perpustakaan di syarikat yang baru saya sertai ini, bagaimana prosesnya, bagaimana pentadbirannya, sudah pastilah saya perlu bertanya kepada yang lebih tahu.
Sejak dari itu sehinggalah ke tahun ketiga saya bekerja di sini, saya tidak bertanya lagi kepada beliau mengenai hal yang saya rasakan boleh mendapatkan sendiri jawapannya walaupun memerlukan jalan yang berliku. Saya akan bertanya kepada sumber rujukan yang betul walaupun sumber yang betul itu tidak semestinya boleh memberikan jawapan yang saya harapkan. Natijahnya, sebelum bertanya, lihat dulu kepada siapa kita ingin bertanya. Gunakan pengalaman, akal dan andaian untuk melihat orang yang kita ingin tanya itu supaya usaha kita tidak sia-sia dalam mengemukakan pertanyaan.
1 comments
sokong...plg xsuke bila tanye orang, tp jawapan yang dibagi tu cam hampeh...
ReplyDeletePotrait Manusia Menggunakan Jari